Sunday, 27 June 2021

Jenis Akad dalam Muamalat Islam

 Jenis Akad dalam Muamalat Islam


1. Pertukaran:

Jenis Akad :


Jual beli
Pengertian: Akad menukarkan barang dengan barang melalui persetujuan penjual dan pembeli

Contoh: Jual beli barangan halal untuk kegunaan harian.


Sewaan
Pengertian: Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima dengan bayaran yang sesuai mengikut perjanjian yang ditentukan.

Contoh: Seorang murid kolej menyewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal semasa pengajian di kolej.


2. Kebajikan:

Jenis Akad :


Hibah
Pengertian: Satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar rela hati ketika masih hidup.
Contoh: Seorang bapa menggunakan hibah untuk pemberian kereta kepada anak sulungnya.

Qhard
Pengertian: Pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan sama ada dari wang ringgit atau lainnya tanpa sebarang imbuhan (faedah) dan perlu membayar kembali jumlah yang sama.

Contoh:Encik A membuat pinjaman bank sebanyak RM10 000 bagi memulakan perniagaannya.


Wakaf
Pengertian:Menyerahkan harta atau sebahagian harta kepada milik atau pada hukum milik Allah SWT dengan tujuan mendampingkan diri kepada Allah SWT dan akhirnya memberi manfaat atau hasilnya kepada pihak kebajikan yang ditentukan oleh pewakaf selama-lamanya.

Contoh:Syarikat bank M mewakafkan sebuah van kepada sebuah institusi tahfiz untuk kegunaan pelajarnya.

Wadiah
Pengertian:Kontrak di antara satu pihak yang memiliki barang dengan pihak yang diamanahkan untuk berjanji menyimpan barang dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya dari kecurian, kerosakan, kehilangan dan seumpamanya.

Contoh:Puan K menandatangani kontrak wadiah bagi simpanan emasnya dengan syarikat bank L.


3. Perkongsian:

Jenis Akad :

Musyarakah:
Pengertian: Kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk suatu usaha tertentu yang mana masingmasing memberikan sumbangan dengan | kesepakatan bahawa keuntungan dan risiko
akan ditanggung bersama sesuai dengan kesepakatan.
Contoh:Pihak bank bertindak sebagai rakan kongsi kepada pelanggannya dengan menyediakan pembiayaan atas konsep musyarakah tanpa mengenakan kadar faedah.


Mudharabah:
Pengertian:Kontrak perkongsian atau usahasama di antara pemodal yang membekalkan modal dengan pengusaha yang akan menjalankan aktiviti keusahawanan yang boleh menjana keuntungan.
Contoh:Pihak bank bertindak sebagai penyumbang modal kepada pelanggannya dengan menyediakan pembiayaan atas konsep mudharabah yang berkongsi keuntungan perniagaan mengikut persepakatan.



4.Ejen:

Jenis Akad :

Wakalah:
Pengertian:Satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup.
Contoh:Industri takaful merupakan salah satu institusi yang mengaplikasikan kontrak wakalah di dalam pengoperasian syarikat.




5. Jaminan:

Jenis Akad :

Kafalah
Pengertian: Jaminan, iaitu tanggungjawab ke atas hak orang lain atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil tindakan atau mendapatkan sesuatu barang ganti kepada pihak yang berhak.
Contoh:Perjanjian antara penjamin dan pihak yang menerima jaminan di mana penjamin menerima tanggungjawab untuk menjelaskan hutang atau membayar ganti rugi jika sekirannya pihak yang berhutang atau berjanji untuk melaksanankan sesuatu kerja itu gagal menunaikan tanggungjawabnya.


Rahn
Pengertian:Sesuatu barangan yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya bagi mendapatkan pinjaman.
Contoh:Syarikat bank C memperkenalkan skim pajak gadai Islam ar-Rahnu untuk menghapuskan riba dan gharar.




disediakan oleh Afham




No comments:

Post a Comment

 Info Islam Terdapat tiga unsur larangan dalam insuran, iaitu gharar, judi dan riba. Nilai Islam Umat islam hendaklah salng membantu dalam m...