Sunday, 27 June 2021


 Info Islam
Terdapat tiga unsur larangan dalam insuran, iaitu gharar, judi dan riba.


Nilai Islam
Umat islam hendaklah salng membantu dalam meningkatkan ekonomi Islam.


Cabaran KBAT
 Apakah kesan sekiranya urusan hutang piutang tidak diuruskan mengikut cara Islam ?


Aplikasi Harian ⏰
Sifat jujur perlu diamalkan oleh orang Islam dalam konteks hubungan sesama manusia.


Praktis Formatif
1. Apakah maksud muamalat Islam ?
2. Senaraikan dua perkara yang diharamkan dalam muamalat Islam.


Rujukan
1. Buku teks pendidikan agama islam tingkatan 4
2.  https://www.slideshare.net/mohamadfaz/pengenalan-muamalat-islam
3. http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/umum
4. http://takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf
5. https://anyflip.com/jgirz/ocqk/basic


Quiz
https://quizizz.com/admin/quiz/5e99341e688a92001b10d242/fikah-ting-4-muamalat-dalam-islam-kssm-

Jenis Akad dalam Muamalat Islam

 Jenis Akad dalam Muamalat Islam


1. Pertukaran:

Jenis Akad :


Jual beli
Pengertian: Akad menukarkan barang dengan barang melalui persetujuan penjual dan pembeli

Contoh: Jual beli barangan halal untuk kegunaan harian.


Sewaan
Pengertian: Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima dengan bayaran yang sesuai mengikut perjanjian yang ditentukan.

Contoh: Seorang murid kolej menyewa sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal semasa pengajian di kolej.


2. Kebajikan:

Jenis Akad :


Hibah
Pengertian: Satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar rela hati ketika masih hidup.
Contoh: Seorang bapa menggunakan hibah untuk pemberian kereta kepada anak sulungnya.

Qhard
Pengertian: Pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan sama ada dari wang ringgit atau lainnya tanpa sebarang imbuhan (faedah) dan perlu membayar kembali jumlah yang sama.

Contoh:Encik A membuat pinjaman bank sebanyak RM10 000 bagi memulakan perniagaannya.


Wakaf
Pengertian:Menyerahkan harta atau sebahagian harta kepada milik atau pada hukum milik Allah SWT dengan tujuan mendampingkan diri kepada Allah SWT dan akhirnya memberi manfaat atau hasilnya kepada pihak kebajikan yang ditentukan oleh pewakaf selama-lamanya.

Contoh:Syarikat bank M mewakafkan sebuah van kepada sebuah institusi tahfiz untuk kegunaan pelajarnya.

Wadiah
Pengertian:Kontrak di antara satu pihak yang memiliki barang dengan pihak yang diamanahkan untuk berjanji menyimpan barang dengan tujuan untuk dijamin keselamatannya dari kecurian, kerosakan, kehilangan dan seumpamanya.

Contoh:Puan K menandatangani kontrak wadiah bagi simpanan emasnya dengan syarikat bank L.


3. Perkongsian:

Jenis Akad :

Musyarakah:
Pengertian: Kerjasama antara dua pihak atau lebih untuk suatu usaha tertentu yang mana masingmasing memberikan sumbangan dengan | kesepakatan bahawa keuntungan dan risiko
akan ditanggung bersama sesuai dengan kesepakatan.
Contoh:Pihak bank bertindak sebagai rakan kongsi kepada pelanggannya dengan menyediakan pembiayaan atas konsep musyarakah tanpa mengenakan kadar faedah.


Mudharabah:
Pengertian:Kontrak perkongsian atau usahasama di antara pemodal yang membekalkan modal dengan pengusaha yang akan menjalankan aktiviti keusahawanan yang boleh menjana keuntungan.
Contoh:Pihak bank bertindak sebagai penyumbang modal kepada pelanggannya dengan menyediakan pembiayaan atas konsep mudharabah yang berkongsi keuntungan perniagaan mengikut persepakatan.



4.Ejen:

Jenis Akad :

Wakalah:
Pengertian:Satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup.
Contoh:Industri takaful merupakan salah satu institusi yang mengaplikasikan kontrak wakalah di dalam pengoperasian syarikat.




5. Jaminan:

Jenis Akad :

Kafalah
Pengertian: Jaminan, iaitu tanggungjawab ke atas hak orang lain atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil tindakan atau mendapatkan sesuatu barang ganti kepada pihak yang berhak.
Contoh:Perjanjian antara penjamin dan pihak yang menerima jaminan di mana penjamin menerima tanggungjawab untuk menjelaskan hutang atau membayar ganti rugi jika sekirannya pihak yang berhutang atau berjanji untuk melaksanankan sesuatu kerja itu gagal menunaikan tanggungjawabnya.


Rahn
Pengertian:Sesuatu barangan yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya bagi mendapatkan pinjaman.
Contoh:Syarikat bank C memperkenalkan skim pajak gadai Islam ar-Rahnu untuk menghapuskan riba dan gharar.




disediakan oleh Afham




Thursday, 24 June 2021

Syarat-syarat akad dalam muamalat Islam


(a)Pihak yang berakad:

- Berakal, Baligh, Mampu memelihara dan menguruskan hartanya.
- Berasaskan dua pihak dan bebas membuat pilihan.



(b) Sesuatu yang diakadkan: 

-Wujud ketika akad berlaku.
-Halal.
Diserahkan ketika akad.



(c)Sighah:

-Lafaz ijab dan lafaz kabul adalah sepadan.
-lafaz ijab dan lafaz kabul tidak diikat dengan syarat tertentu.
-Lafaz ijab dan lafaz kabul dilakukan dalam satu pertemuan.




disediakan oleh Raszaiqie

 Pengertian, Rukun dan Syarat Akad dalam Muamalat Islam.

1.Pengertian akad: 
-Bahasa: Ikatan, simpulan.
-Istilah: Ijab dan kabul dalam urusan perniagaan dan kewangan.

2. Rukun akad:


a)Pihak yang berakad :
-penjual 
-pembeli


b)sesuatu yang diakadkan :
-harga 
 -barang


c)sighah:
- ijab 
 -qabul




disediakan oleh Raszaiqie


 Unsur yang Diharamkan dalam Muamalat Islam

1.Riba:
- pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang
contoh: Aidil berhutang daripada Radhi sebanyak RM100 dengan syarat Aidil mesti membayar RM110.



2. Gharar:
- kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak. 
contoh: Menjual borong layar di udara.



3.Judi:
-Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga.
contoh: mempertaruhkan wang dalam sesuatu perlumbaan.



4. Dharar:
-setiap perkara yang membawa korosakan.
contoh: melakukan transaksi barang terlarang seperti senjata api kepada kanak-kanak.



disediakan oleh Raszaiqie

 Kepentingan Memahami dan Mengamalkan Muamalat Dalam Islam


1. Dalil Naqli tuntutan beramal dengan muamalat Islam.
Firman Allah SWT:


Maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta benda sesama kamu dengan jalan yang salah (batil), kecuali dengan perniagaan yang dilakukan secara saling meredai antara kamu.

2. Dalil naqli ancaman tidak beramal dengan muamalat Islam.
Firman Allah SWT:


Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang yang menipu (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi, Tidaklah mereka menyangka akan dibangkitan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia ketika menghadap tuhan semesta alam ?

3. Contoh Keprihatinan Nabi SAW dan sahabat dalam menjaga muamalat Islam.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya "Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan ?" Orang itu menjawab: "terkena hujan wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya ? Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalanganku."


4. Perbandingan antara muamalat Islam dan konvensional:

Muamalat Islam

- Tujuan kerana Allah SWT berdasarkan konsep ta'awun.
-Berdasarkan dalil al-quran dan al- Sunah.
-Tiada unsur riba dan penindasan.
- Bebas dari unsur judi dan gharar.
-Berpandukan syariat Islam dam semua urusan.
-Harta sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Konvensional

- Tujuan utama ialah keuntungan, kapitalis dan sosial.
-Bersumberkan teori dan logik akal manusia semata-mata.
-Berasaskan riba dan penindasan.
-Terdapat unsur judi dan gharar.
-Mengabaikan tanggungjawab sosial.
-Pengumpulan harta untuk mencapai matlamat hidup.





disediakan oleh Izzat












 Matlamat Pensyariatan Muamalat Dalam Islam


1. Menunjukkan bahawa Allah SWT itu adil dalam mengatur urusan kehidupan manusia.


2. Pemilikan harta diiktiraf melalui akad yang sah.


3. Urusan berkaitan muamalat Islam bertepatan dengan matlamat syariat Islam.


4. Setiap penjual, pembeli, penyewa dan pemilik dijaga kepentingan mereka.


5. Setiap urusan diredai Allah SWT dengan mengamalkan suruhan dan meninggalkan larangannya.




disediakan oleh Izzat


Konsep Muamalat Islam

 Maksud, Hukum dan Dalil Mengenai Muamalat Dalam Islam.

1. Maksud muamalat islam
Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya.

2.Hukum Muamalat Islam
Harus

3. Dalil Naqli Muamalat Islam
firman Allah SWT:

disediakan oleh Izzat


 Info Islam Terdapat tiga unsur larangan dalam insuran, iaitu gharar, judi dan riba. Nilai Islam Umat islam hendaklah salng membantu dalam m...